Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan disebabkan oleh penyakit dilindungi dalam polisi.
Menyediakan sumber pendapatan berterusan sekiranya anda tidak dapat bekerja akibat hilang upaya, sakit atau cedera.
Menyediakan pembayaran manfaat sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit seperti yang ditetapkan dalam polisi.
Membayar sejumlah wang mengikut had tahunan sekiranya perlu bermalam di hospital disebabkan penyakit dilindungi dalam polisi.
Kos premium insurans anda ditentukan oleh jenis insurans perubatan dan kesihatan yang anda pilih. Jika anda membeli perlindungan tambahan, harga insurans kesihatan anda turut akan meningkat.
Jika anda merupakan seorang perokok, anda biasanya perlu membayar kadar premium yang lebih tinggi berbanding individu yang tidak merokok kerana tabiat merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, strok, penyakit jantung dan penyakit paru-paru.
Umur merupakan salah satu faktor utama dalam menentukan harga premium insurans kesihatan. Premium insurans biasanya lebih tinggi untuk individu yang lebih berusia kerana risiko menghidap penyakit adalah lebih tinggi berbanding individu yang lebih muda.
Sejarah atau rekod perubatan terdahulu juga boleh memberi kesan pada harga premium insurans anda. Harga insurans kesihatan biasanya lebih tinggi jika anda ada sejarah atau tahap kesihatan yang tidak baik atau mempunyai penyakit sedia ada.
Caj premium insurans anda turut dipengaruhi oleh persekitaran tempat kerja anda. Jika anda bekerja dalam persekitaran yang berisiko dengan potensi kecederaan atau kemalangan yang tinggi, premium insurans anda biasanya lebih mahal.
Jika anda mempunyai indeks jisim badan atau BMI yang tinggi, premium anda akan meningkat. Ini kerana, individu yang mempunyai BMI yang tinggi lebih berisiko untuk menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
Tempoh polisi memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai premium. Jika anda memilih polisi dengan tempoh yang lebih panjang, premium atau sumbangan anda menjadi lebih rendah.
Premium polisi anda ditentukan oleh tempat tinggal anda. Setiap lokasi geografi mempunyai risiko dan kos perubatan yang berbeza. Selain itu, faktor persekitaran seperti pencemaran, iklim dan sebagainya turut mempengaruhi harga premium.
Status perkahwinan atau bilangan tanggungan juga akan mempengaruhi kadar insurans memandangkan lebih ramai orang dilindungi di bawah polisi anda.
1
Pilih insurans kesihatan mengikut kemahuan dan keperluan anda
2
Lengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran
3
Terus terima polisi yang dihantar ke email anda
Proses tuntutan adalah digital sepenuhnya dengan 3 langkah mudah ini!
4
Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin
5
Simpan kesemua dokumen penting dan buat laporan dengan segera
6
Serahkan dokumen yang berkaitan kepada syarikat insurans anda
Dapatkan sebutharga kurang daripada seminit!
Harga yang telus tanpa caj yang tersembunyi.
Bandingkan bukan sahaja harga tetapi semua faedah yang ditawarkan!