arrow-left-back
product-icon

Insurans Kesihatan Terbaik

Jimat sehingga RM400 untuk insurans kesihatan hanya dengan Qoala
feature-icon Keluaran polisi terpantas di bawah seminit
feature-icon Proses tuntutan terpantas dalam masa 3 hari
Takrih Lahir
right-icon-calender
Nombor Telefon
flag-icon
+60
Jantina
icon-Male Lelaki
icon-Female Perempuan
Nombor Kad Pengenalan
MyKad
Dengan mengesahkan, saya setuju untuk menerima Terma & Syarat
feature-icon Keluaran polisi terpantas di bawah seminit
feature-icon Proses tuntutan terpantas dalam masa 3 hari

Ketahui tentang jenis insurans kesihatan dengan lebih lanjut

icon-Insurans Hospital dan Pembedahan

Insurans Hospital dan Pembedahan

Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan disebabkan oleh penyakit dilindungi dalam polisi.

icon-Insurans Pendapatan

Insurans Pendapatan

Menyediakan sumber pendapatan berterusan sekiranya anda tidak dapat bekerja akibat hilang upaya, sakit atau cedera.

icon-Insurans Penyakit Kritikal dan Kronik

Insurans Penyakit Kritikal dan Kronik

Menyediakan pembayaran manfaat sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit seperti yang ditetapkan dalam polisi.

icon-Insurans Pendapatan Hospital

Insurans Pendapatan Hospital

Membayar sejumlah wang mengikut had tahunan sekiranya perlu bermalam di hospital disebabkan penyakit dilindungi dalam polisi.

Faktor Mempengaruhi Nilai Premium Insurans Kesihatan

Berikut merupakan sembilan (9) faktor yang mempengaruhi nilai premium atau sumbangan insurans kesihatan:

Jenis Perlindungan

Kos premium insurans anda ditentukan oleh jenis insurans perubatan dan kesihatan yang anda pilih. Jika anda membeli perlindungan tambahan, harga insurans kesihatan anda turut akan meningkat.

Tabiat Merokok

Jika anda merupakan seorang perokok, anda biasanya perlu membayar kadar premium yang lebih tinggi berbanding individu yang tidak merokok kerana tabiat merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, strok, penyakit jantung dan penyakit paru-paru.

Umur

Umur merupakan salah satu faktor utama dalam menentukan harga premium insurans kesihatan. Premium insurans biasanya lebih tinggi untuk individu yang lebih berusia kerana risiko menghidap penyakit adalah lebih tinggi berbanding individu yang lebih muda.

Sejarah Perubatan

Sejarah atau rekod perubatan terdahulu juga boleh memberi kesan pada harga premium insurans anda. Harga insurans kesihatan biasanya lebih tinggi jika anda ada sejarah atau tahap kesihatan yang tidak baik atau mempunyai penyakit sedia ada.

Pekerjaan

Caj premium insurans anda turut dipengaruhi oleh persekitaran tempat kerja anda. Jika anda bekerja dalam persekitaran yang berisiko dengan potensi kecederaan atau kemalangan yang tinggi, premium insurans anda biasanya lebih mahal.

Indeks Jisim Badan (BMI)

Jika anda mempunyai indeks jisim badan atau BMI yang tinggi, premium anda akan meningkat. Ini kerana, individu yang mempunyai BMI yang tinggi lebih berisiko untuk menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.

Tempoh Polisi/Sijil

Tempoh polisi memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai premium. Jika anda memilih polisi dengan tempoh yang lebih panjang, premium atau sumbangan anda menjadi lebih rendah.

Lokasi Geografi

Premium polisi anda ditentukan oleh tempat tinggal anda. Setiap lokasi geografi mempunyai risiko dan kos perubatan yang berbeza. Selain itu, faktor persekitaran seperti pencemaran, iklim dan sebagainya turut mempengaruhi harga premium.

Bilangan Tanggungan

Status perkahwinan atau bilangan tanggungan juga akan mempengaruhi kadar insurans memandangkan lebih ramai orang dilindungi di bawah polisi anda.

Beli dan ubah suai pelan insurans secara langsung di Qoala

step-image

1

Pilih

Pilih insurans kesihatan mengikut kemahuan dan keperluan anda

step-image

2

Isi Maklumat

Lengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran

step-image

3

Terima Polisi

Terus terima polisi yang dihantar ke email anda

dan buat tuntutan dengan lancar

Proses tuntutan adalah digital sepenuhnya dengan 3 langkah mudah ini!

step-image

4

Hubungi

Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin

step-image

5

Laporan

Simpan kesemua dokumen penting dan buat laporan dengan segera

step-image

6

Serahkan Dokumen

Serahkan dokumen yang berkaitan kepada syarikat insurans anda

Nikmati pelbagai manfaat apabila anda membeli insurans kesihatan dengan Qoala

benefit-item-image

Sebutharga Sepantas Kilat

Dapatkan sebutharga kurang daripada seminit!

benefit-item-image

Tiada Harga Tersembunyi

Harga yang telus tanpa caj yang tersembunyi.

benefit-item-image

Perbandingan Yang Mendalam

Bandingkan bukan sahaja harga tetapi semua faedah yang ditawarkan!

Soalan Lazim

right-arrow-icon
Umum
Kesihatan

Syarikat insurans atau pengendali takaful manakah yang bekerjasama dengan Qoala?

arrow-thin-icon
Qoala bekerjasama dengan beberapa syarikat insurans dan takaful terbaik di Malaysia, antaranya:
AXA
Etiqa
Lonpac
Syarikat Takaful Malaysia
Takaful IKHLAS
Tune Protect
Zurich

Apakah jenis pembayaran yang tersedia?

arrow-thin-icon
Buat masa ini, kami hanya menyokong kaedah pembayaran seperti berikut:
Kad kredit dan kad debit;
Pembayaran secara dalam talian (online banking);
e-Wallet seperti GrabPay, ShopeePay, Boost dan lain-lain.

Bolehkah saya batalkan dan terima semula bayaran balik (refund)?

arrow-thin-icon
Untuk pertanyaan berkenaan pembatalan dan bayaran balik, anda boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-8605 3353 atau WhatsApp kami di 011-5423 2787 antara jam 9 pagi hingga 6 petang (setiap Isnin hingga Jumaat kecuali Cuti Umum) atau emelkan kepada cs@qoala.my

Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk terima salinan polisi atau cover note selepas saya melengkapkan bayaran?

arrow-thin-icon
Anda akan terima salinan polisi dan cover note anda melalui emel dalam tempoh 24 jam (hari bekerja). Namun begitu, ia bergantung pada situasi dan keadaan semasa.

Kami sedia membantu

Mempunyai sebarang persoalan atau aduan, hubungi kami sebab kami sentiasa bersedia membantu anda.
email-icon
Pertanyaan Umum
cs@qoala.my
mail-link-icon
phone-icon
Pertanyaan Jualan
(+60) 3 8605 3353
contact-us-image
Mematuhi
bank-negara-malaysia-icon
Alamat
Unit A-30-13, Tower A, Menara UOA Bangsar
mail-icon
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Qoala Technology Sdn Bhd [No. Syarikat: 201901006370 (1315697-H)] adalah peserta yang diluluskan di bawah Pendekatan Pengawalseliaan Teknologi Kewangan (Sandbox) Bank Negara Malaysia.