Perlindungan insurans paling komprehensif, menawarkan perlindungan untuk motor anda dan pihak ketiga.
Perlindungan insurans paling asas untuk tuntutan perlindungan pihak ketiga, tidak termasuk motor anda.
Pilih insurans motosikal terbaik yang paling menguntungkan anda
Komprehensif
Pihak Ketiga
Ganjaran Pemanduan Selamat
Keselamatan anda keutamaan kami – pemilik motor yang tidak membuat sebarang tuntutan insurans kemalangan dalam tempoh lima tahun pertama boleh menikmati kadar pengurangan diskaun atau lebih dikenali sebagai NCD motosikal sehingga 25 peratus.
Bayaran Pampasan Tuntutan Insurans Kemalangan
Kenderaan bermotor di Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya polisi insurans pihak ketiga bagi membolehkan kenderaan digunakan di jalan raya. Sekiranya berlaku kemalangan disebabkan kecuaian anda, pihak anda perlu membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan pihak ketiga.
Kecederaan Pihak Ketiga
Polisi insurans third-party ini menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan apa-apa kecederaan kepada pihak ketiga.
Kerosakan Motor Anda Disebabkan Kemalangan
Selain motor pihak ketiga, polisi insurans ini turut menawarkan perlindungan ke atas motor anda sekiranya berlaku kerosakan disebabkan oleh kemalangan.
Kecederaan Sendiri
Melindungi anda sekiranya berlaku kecederaan disebabkan kemalangan.
Kebakaran, Letupan atau Litar Pintas
Polisi insurans motor first-party ini menawarkan perlindungan sekiranya berlaku situasi motor terbakar, meletup atau litar pintas.
Kecurian
Polisi insurans ini menawarkan perlindungan sekiranya motor hilang atau motor rosak disebabkan oleh kecurian, rompakan atau cubaan mencuri.
Harga insurans bergantung pada usia motosikal anda. Biasanya, motosikal lama dikenakan harga premium insurans yang lebih murah.
Harga premium insurans motor turut dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa.
Sekiranya didapati anda pernah membuat tuntutan insurans sebelum ini, berkemungkinan besar anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi.
Perlindungan lain seperti Kemalangan Peribadi Asas, Peril Khas dan sebagainya boleh menyebabkan harga insurans motor menjadi lebih tinggi.
Harga insurans motor dipengaruhi oleh jenis polisi insurans motor yang dipilih sama ada Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga bergantung pada keperluan anda.
Kapasiti enjin juga turut memainkan peranan dalam menentukan harga premium. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga insurans.
Harga insurans motor di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi berbanding harga insurans di Sabah dan Sarawak. Faktor ini dipengaruhi oleh keadaan jalan yang sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.
1
Pilih insurans motosikal mengikut kemahuan dan keperluan anda
2
Lengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran
3
Terus terima polisi yang dihantar ke email anda
Jangan risau, selepas anda renew atau beli pelan insurans motosikal Qoala, anda boleh membuat proses tuntutan dengan hanya 3 langkah tanpa perlu anjak kaki
4
Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin
5
Simpan kesemua dokumen penting dan buat laporan polis dengan segera
6
Hantarkan dokumen berikut ke syarikat insurans atau bengkel panel anda
Dapatkan sebutharga kurang daripada seminit!
Harga yang telus tanpa caj yang tersembunyi.
Bandingkan bukan sahaja harga, tetapi lokasi bengkel, jarak tunda percuma, tuntutan dan banyak lagi.